SINOPSIS
Sekumpulan pemain bola sepak amatur Malaysia berazam untuk menjadi pemain profesional, di sebalik setiap cabaran yang mendatang.
Subjek
AZWAN “KENCHOT” AZHAR (25)
Azwan, lebih dikenali sebagai “Kenchot” disebabkan potongan badannya yang pendek dan gempal. Pemain senior ini berasal dari sebuah pekan kecil di selatan tanah air, yang kini masih lagi menjadi tempat tinggal ibu serta adik beradiknya. Beliau bergelut untuk membahagikan masa antara kerja beliau sebagai tukang urut refleksologi dan pemain bola sepak.
ROLLEN MARAKIM (29)
Berasal daripada sebuah kampung pedalaman di Sabah, Rollen merupakan satu-satunya pemain dalam pasukan ini yang dilahirkan tanpa daya penglihatan. Walaupun keberatan,kedua ibu bapanya menghantar beliau ke ibu negara bagi membolehkan beliau mendapatkan pendidikan yang lebih baik serta peluang pekerjaan.
TENTANG PASUKAN
BOLA SEPAK BUTA MALAYSIA
Pada tahun 2009, jurulatih Sunny Shalesh menubuhkan sebuah pasukan bola sepak buta sambilan yang disertai pelajar serta tukang urut. Matlamat beliau adalah untuk memberi remaja-remaja cacat penglihatan ini peluang untuk mencapai hasrat mereka untuk menjadi pemain bola. Sebagai pasukan sambilan, mereka sentiasa bergelut dengan masalah kewangan.
Kebanyakan pemain kekal bekerja maka mereka perlu berulang alik berjam-jam lamanya daripada kampung halaman yang terletak di negeri yang berbeza untuk hadir ke sesi latihan pada hujung minggu.
Namun di sebalik kesukaran yang hadapi, pasukan sambilan dan kerdil dari Malaysia ini menewaskan juara bertahan Sukan Para ASEAN, Thailand pada tahun 2015, untuk muncul juara bola sepak buta Asia. Kejayaan ini membolehkan mereka diangkat sebagai atlit sepenuh masa dibawah kendalian Majlis Sukan Negara serta menerima bantuan dan latihan yang diperlukan untuk kemunculan pertama mereka sebagai juara bertahan pada Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur.
KREW
KENYATAAN PENGARAH
YIHWEN CHEN
Saya tidak pernah mempunyai kawan yang cacat penglihatan sebelum saya bertemu dengan pasukan bola sepak ini. Melalui perspektif mereka, saya melihat dunia lain yang saya tidak pernah tahu. Mungkin sifat-sifat ini yang menarik saya kepada mereka, dan mendorong saya untuk menceritakan kisah mereka.
Bagi sesetengah orang, idea membikin dokumentari di Malaysia kedengaran mustahil. Tapi setiap kali saya merasa tewas atau ditindas, saya akan duduk di bangku pemain, menyaksikan mereka berlatih dan mengingatkan diri saya bahawa jika sekumpulan remaja cacat penglihatan mampu belajar bermain bola sepak dan menjadi juara Asia Tenggara, saya pasti dapat mencari jalan untuk menyiapkan filem saya.
Terutama sekali, keberanian dan semangat jurulatih Sunny sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk tidak menyerah. Manakala, kumpulan pemain pula mengajar saya bahawa kita semua sama tidak mengira warna kulit, jantina dan kepercayaan.
Kadangkala, orang yang cacat penglihatan boleh melihat dunia dengan lebih jelas daripada kita yang cukup sifat.

SUBSCRIBE
to get updated on how you can support the project
HUBUNGI KAMI
eyeontheball@thestar.com.my
IKUTI KAMI